Monday, January 5, 2009

Perak diminta jelas arahan kunci Tadika Kemas

IPOH 5 Jan. — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini meminta kerajaan negeri Perak memberi penjelasan berhubung arahan yang dibuat oleh beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pegawai daerah supaya dewan Tadika Kemas dikunci.

Beliau berkata, tindakan itu telah menimbulkan kesulitan pada hari pendaftaran kanak-kanak tadika berkenaan di beberapa tempat hari ini.

“Saya terkejut dengan tindakan mereka dan menyifatkan Kerajaan Perak kejam kerana mengarahkan JKKK mengambil alih Tadika Kemas sehingga menyukarkan anak-anak untuk belajar...Memang betul dewan itu milik kerajaan negeri tetapi tidak salah untuk memberi kepentingan kepada anak-anak menuntut ilmu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tadika Kemas Kampung Sri Ampang di sini hari ini.

Tadika berkenaan adalah antara 700 buah yang dikatakan berkunci dan keadaan kelam kabut berlaku pada kira-kira pukul 8 pagi apabila ibu bapa yang membawa anak-anak terpaksa menunggu di luar pagar sebelum pintu dibuka.

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sebanyak 11,000 pelajar Tadika Kemas di Perak berdepan dengan masalah apabila kira-kira 700 dewan Tadika Kemas dikunci atas arahan kerajaan negeri Perak. - Bernama

5 comments:

azlishukri said...

saya link blog saudara. gembira dapat berhubung.

TULIS ONLINE said...

Salam Bloggers,

TERIMA KASIH atas sokongan dan nasihat Sdr.

Saya bersifat terbuka untuk mendengar segala nasihat atau kritikan membina daripada siapa sahaja.

Semoga Sdr terus berjaya dalam dunia bloggers ini.

Selamat ber bloggers.


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

salam
jemput add my blog
www.myadha.com

ADHA

AbgTuah said...

Salam...

Jom join BPN...

WARIS PAHANG said...

Aku dok tengah sedarkan orang pahang jangan jadi macam Perak.

Kesian kat org perak.

 

Travel Insurance